Dalam post kali ni, saya akan kongsi 21 Rawatan Ekzema Secara Tradisional Yang Anda Boleh Buat Di Rumah.

Secara umumnya kulit eczema adalah kulit sensitif yang mudah mengalami inflamasi, kemerahan, gatal, dan kering.

Ada banyak jenis ekzema dan masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.  Ada juga ekzema yang mempunyai lepuhan dan berair.

Kegatalan pada kulit menyebabkan penghidap sering menggaru dan adakalanya menyebabkan kulit menjadi lebih teruk.

Jika anda masih mencari rawatan semulajadi untuk mengurangkan ekzema, anda mungkin boleh mencuba beberapa cara di bawah.

Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Image by Fuzzy Rescue from Pixabay

Kenapa Elakkan Steroid

Penggunaan steroid mungkin membantu untuk melegakan ekzema dengan cepat, tetapi ada kes dimana ekzema kembali selepas penggunaan steroid dihentikan.

Malah ada yang bertambah teruk. Ini membawa maksud bahawa steroid bukanlah ubat untuk menyembuhkan ekzema.

Tapi hanya mengawal ekzema untuk sementara dan ia juga mempunyai kesan sampingan apabila dihentikan penggunaannya.

Steroid juga tidak baik digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Sehingga hari ini masih tidak ada ubat untuk merawat penghidap ekzema sehingga betul-betul sembuh kerana merawat ekzema adalah agak berbeza dari masalah kulit yang lain.

Apa yang boleh dilakukan adalah mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat dan simtom ekzema hanya boleh dikurangkan dengan menjaga kelembapan kulit serta mengelakkan pencetus ekzema jika diketahui.

Yelah, dengan keadaan negara kita yang tak henti-henti dengan pertambahan pesakit Covid-19 setiap hari, doktor-doktor sangat sibuk merawat mereka.

Mungkin juga kita yang sihat ini takut untuk ke hospital kerana bimbang dengan keadaan sekarang.

Jika anda ingin panduan penjagaan kulit dan membeli natural skincare untuk kulit sensitif dan ekzema, anda boleh download ebook di bawah secara percuma.

Rawatan EkzemaDOWNLOAD

 

Anda boleh cuba beberapa rawatan semulajadi di bawah untuk mengurangkan ekzema.

21 Rawatan Ekzema Secara Tradisional Yang Anda Boleh Buat Di Rumah

So, jom kita mula:

1. Hemp seed oil – Hemp seed oil adalah minyak yang sangat seusai untuk kulit sensitif, jerawat dan ekzema kerana ia mudah diserap tanpa meninggalkan kesan berminyak apda kulit.

Mengikut skala komedogenik, hemp seed oil mempunyai skala 0 dimana ia tidak menyumbat pori-pori.

Hemp seed oil berwarna hijau gelap dan mengandungi 75% omega-3 dan omega-6 fatty acids.

Selain itu, nisbah omega-6 kepada omega-3 dalam hemp oil ialah 3: 1, dimana ia adalah optimum untuk nutrien dan pembaikan tisu-tisu kulit.

Hemp seed oil juga mengandungi linolenic gamma acid, menjadikan ia lebih nutrien berbanding lain-lain biji dan fish oil.

Omega-3 mempunyai kesan anti-iritasi dan anti-inflamasi ke atas kulit. Bagi Food grade hemp seed oil anda boleh mencampurkannya di dalam salad dan makanan lain.

Jika boleh anda cari hemp seed oil yang organik dan cold-pressed.

Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Image by Яна Тикунова from Pixabay

2.  Flaxseed Oil – Seperti hemp seed oil, flaxseed oil jua membantu mengurangkan ekzema.

Ia mengandungi  alpha-linolenic acid (ALA) dan kaya dengan omega-3. Flaxseed oil mempunyai kesan anti-inflamasi sama seperti fish oil.

Flaxseed oil boleh didapatkan dalam bentuk supplemen di farmasi, tetapi tidak sepopular hemp seed oil.

3. Aloe vera – Aloe vera atau lidah buaya adalah tumbuhan versatil yang mempunyai banyak faedah kepada kulit.

Ia mempunyai anti-bakteria semulajadi dan bersifat anti-mikrob.Ia dapat mengurangkan iritasi kulit ekzema.

Aloe vera mempercepatkan penyembuhan kulit dan membantu meningkatkan sistem imun kulit untuk melindungi kulit daripada bakteria dan jangkitan.

Anda boleh menggunakan gel aloe vera jika anda menanamnya di rumah atau membelinya secara online di sini. Pastikan gel aloevera yang anda gunakan adalah tulen dan organik jika boleh.

4. Fish Oil – Fish oil kebanyakannya hadir dalam bentuk kapsul dan mudah didapati difarmasi. Ia sangat baik untuk melembapkan kulit dari dalam.

Kebanyakkan penghidap ekzema mempunyai kadar EPA ( eicosapentaenoic acid ) yang sedikit. EPA didalam fish oil membantu mengurangkan inflamasi dan kulit iritasi.

Fish oil bukan saja baik untuk kulit ekzema malah baik untuk psoriasis dan dermatitis.

5. Evening Primrose Oil – Evening Primrose Oil banyak digunakan dalam produk untuk kulit berjerawat dan ekzema.

Ia mengandungi 8-10% gamma-linolenic acid (GLA) dan sangat baik untuk kulit sensitif.

Ia membantu mengurangkan inflamasi kulit dan hadir dalam bentuk kapsul.

Anda boleh membelinya difarmasi atau mencampurkannya ke dalam balm atau carrier oil anda.

6. Olive Oil – Olive oil sangat baik untuk melembapkan kulit. Ia sangat baik untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering dan hanya mempunyai skala komedogenik 2.

Ia kaya dengan oleic acid dan ini menyebabkan ia dapat melembapkan kulit lebih lama kerana ia mengambil masa sedikit untuk diserap ke dalam kulit berbanding hemp seed oil.

natural remedies for eczema

Image by Steve Buissinne from Pixabay

7. Calendula oil – Calendula sangat popular didalam produk untuk kulit sensitif dan ekzema.

Ia mempunyai kesan anti-inflamasi yang sangat baik untuk kulit sensitif.

Anda boleh membuat calendula oil dengan merendam bunga calendula ke dalam sunflower oil atau minyak lain dan biarkannya selama 2 minggu ke satu bulan sebelum digunakan.

Jika anda nak cepat, anda boleh saja membeli calendula oil yang sudah siap secara online cuma harganya lebih mahal.

Healing Balm Promo

Beli Healing Balm Untuk Ekzema Dan Kulit Sensitif

8. German chamomile – Boleh wujud dalam bentuk hydrosol atau essential oil. German chamomile sangat baik untuk kulit sensitif.

Anda boleh spray hydrosol sebelum menggunakan pelembap anda. Atau campurkan 2 titik essential oil ke dalam 10 ml minyak carrier sebagai body oil atau roll on.

9. Probiotics – Ramai yang beranggapan bahawa ekzema mungkin disebabkan kesan auto-imun.

Apa yang berlaku pada kulti mungkin disebabkan oleh sistem pencernaan yang tidak baik.  Probiotic membantu sistem pencernaan anda berjalan dengan lancar.

Keadaan sistem pencernaan yang baik membantu mengurangkan inflamasi kulit dan mempercepatkan penyembuhan kulit.

10. Sunflower Seed Oil – Sunflower oil mempunyai kadar komedogenik yang rendah iaitu antara 0-2 dan tidak menyumbat liang pori.

Dengan kadar linoleic acid yang hampir 70% ia membantu mempercepatkan pembaikan tisu kulit.

11. Lavender – Lavender  dikenali sebagai tumbuhan yang mempunyai kesan penenang kulit dan membantu mengurangkan iritasi kulit.

Ia selamat untuk semua jenis kulit dan banyak digunakan dalam produk untuk ekzema.

Seperti german chamomile, lavender boleh wujud dalam bentuk cecair atau hydrosol dan juga essential oil.

21 Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Image by Diese lizenzfreien Fotos darfst du zwar verwenden from Pixabay

12. Geranium – Geranium juga hadir dalam bentuk hydrosol dan essential oil. Penggunaannya adalah sama sepeti lavender dan german chamomile.

13. Colloidal Oatmeal – Oatmeal sudah lama digunakan untuk melembapkan kulit kering dan mengurangkan iritasi kulit.

Anda boleh mencampurkan oatmeal dengan air dan membuatnya dalam bentuk pes untuk digunakan ke atas kulit. Biarkan sementara diatas kulit sebelum di bilas dengan air.

14. Madu – Madu mempunyai kesan anti-bakteria dan baik untuk mencegah jangkitan. Anda boleh meminum madu atau menyapu terus ke atas kulit.

15. Tea tree oil – Seperti madu, tea tree oil memppunyai kesan anti-bakteria ke atas kulit.

Anda boleh membuat body oil atau balm dengan mencampurkan tea tree oil ke dalam minyak carrier.

Titiskan 3 titik tea tree oil ke dalam 10 ml roll on untuk dijadikan sebagai body oil.

16. Coconut oil – Coconut oil juga membantu melembapkan kulit. Walaubagaimanapun ia mempunyai skala komedogenik yang agak tinggi iaitu 4, jadi ia tidak sesuai digunakan untuk mereka yang berjerawat.

Anda masih boleh menggunakan minyak kelapa kerana sifatnya yang anti fungal dan antibakteria.

Anda boleh mencampurkan minyak kelapa dengan minyak yang mempunyai skala komedogenik rendah untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

Gunakan minyak kelapa dara atau organik jika boleh.

17. Raw Shea butter – Raw shea butter sangat baik untuk melembapkan kulit kering.

Skala komedogenik 0 memnyebabkan ia mudah diserap ke dalam kulit.

Walaubagaimanapun jika anda alergik kepada kacang, shea butter mungkin menyebabkan alergi kepada anda.

cara mengatasi bibir kering

18. Kurangkan stress – Stress membuatkan ekzema lebih teruk. Apabila anda stress, hormon stress iaitu cortisol akan dirembeskan dan kulit mengalami inflamasi.

Sistem imun anda menjadi rendah dan ekzema semakin teruk. Kawal emosi anda dan jangan terlalu stress ( walaupun kadang-kadang agak sukar untuk dilakukan).

Stress antara penyumbang utama mengapa ekzema semakin teruk pada masa-masa tertentu.

19. Makan makanan sihat – Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian anda. Makan ikan yang kaya dengan EPA seperti salmon.

Elakkan makanan tenusu, cheese, gluten dan makanan manis.

Ada antara penghidap ekzema yang berjaya menyembuhkan ekzema mereka apabila mengetahui makanan yang menjadi pencetus ekzema mereka.

Anda boleh elakkan satu jenis makanan dahulu untuk melihat kesannya sebelum mencuba dengan makanan lain.

Siapa tahu, mungkin ada salah satu makanan yang menyebabkan ekzema anda.

 Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Image by silviarita from Pixabay

20. Mandi – Elakkan mandi dengan air panas atau air yang terlalu sejuk. Gunakan sabun yang dibuat khas untuk kulit ekzema.

Elakkan mandi terlalu lama kerana ia boleh mengeringkan kulit. Gunakan mandian yang tidak mengandung SLS ( sodium lauryl sulphate ). Boleh gunakan sabun susu kambing atau shea butter.

21. Bersenam – Anda boleh mencuba senaman untuk mengurangkan stres seperti yoga, pilates atau taichi.

Bukan sahaja ia baik untuk badan tetapi ia membantu menenangkan fikiran serta menurunkan kadar hormon kortisol.

Elakkan senaman ekstrem seperti berlari dalam cuaca panas yang boleh memburukkan lagi ekzema.

Itulah senarai 21 rawatan semuladi untuk kulit ekzema dan sensitif.

Anda boleh mencuba satu cara terlebih dahulu dan jangan mencubanya sekaligus untuk mengetahui rawatan manakah yang sesuai untuk anda.

Anda suka dengan DIY tak? Anda boleh cuba resepi bagaimana nak buat sabun chamomile untuk eczema dan buat healing balm untuk eczema.

Apa yang penting jangan lupa untuk melembapkan kulit anda selalu. Jika anda nak cuba healing balm yang saya buat, saya akan turut memberikan sample Healing Serum secara percuma.

Harap apa yang saya kongsikan ini membantu.

Sharing is caring. Jangan lupa share post ini ya. That’s all for now, see you a the next blog post!;-)

Yang Ikhlas,

Alia