Post ini ditujukan kepada anda yang tidak alergik dengan kacang.. Atau ada sesiapa yang suka makan kacang di sini? Hi guys, Saya Alia dan dalam post kali ni saya akan share 5 Jenis Kacang Untuk Kulit Glowing Dan Cantik Berseri.

Kacang kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan protein. Kacang mengandungi lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan. Malah kacang juga baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku.

5 Jenis Kacang Untuk Kulit Cantik Berseri Dan Glowing

Sel-sel kulit manusia akan digantikan secara berterusan dalam kitaran 28 hari. Oleh itu, sel kulit memerlukan nutrien lengkap untuk penghasilan sel-sel baru. Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan seperti kekacang memainkan peranan penting untuk medapatkan kulit yang cantik dan glowing.

Kacang mengandungi vitamin E yang sangat baik untuk kesihatan kulit yang optimum. Tapi ada banyak jenis kacang kan, so dalam post ni saya memilih 5 jenis kacang untuk kulit cantik dan glowing.

Saya suka kacang brand Signature Market. Sekarang diorang tengah ada sale dan dapat Free Shipping pulak tu. Anda bolehlah lihat kat sini.

Post lain yang berkaitan dengan post ini:

5 Jenis Kacang Untuk Kulit Glowing Dan Cantik Berseri

1. Kacang Almond –

Almond is my favourite! Selain mencampurkan almond ke dalam biskut chocolate chip, saya juga gemar makan almond begitu sahaja.

Kacang Almond atau Badam kaya dengan antioksidan vitamin E. Ia dapat membantu melindungi sel kulit dari kesan radikal bebas, yang disebabkan oleh pencemaran, sinar UV dari matahari, asap rokok dan faktor persekitaran.

Satu hidangan 23 biji badam (kira-kira satu ounce) menyediakan 50% daripada keperluan vitamin E harian anda.

5 Jenis Kacang Untuk Kulit Glowing Dan Cantik Berseri almond

Mungkin pagi makanlah 10 biji petang makan lagi 10-13 biji. Atau nak makan ketika menonton tv ke tengok movie ke.

Ia juga mengandungi zink untuk kulit yang sihat danĀ  mengandungi dua jenis vitamin B iaitu riboflavin dan niasin.

Selain itu, badam adalah sumber tenaga yang baik, yang berperanan dalam mengurangkan pigmentasi kulit dan menjaga kesihatan rambut.

Asid linolik, sejenis asid lemak penting, membantu mencegah kekeringan kulit. Selain dalam bentuk makanan, anda juga boleh membeli almond dalam bentuk minyak.

Minyak almond boleh disapu keatas kulit kering untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Tapi lebih elok jika anda mengamalkan memakan kacang badam ini kerana kecantikan semulajadi sebenarnya berasal dari dalam.

2. Kacang PIstachios –

Kacang pistachio mempunyai kepekatan vitamin E yang tinggi, antioksidan larut lemak yang mempunyai banyak khasiat selain memerangi radikal bebas.

Ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan meningkatkan penyembuhan, kacang pistachio membantu mengawal jerawat, dan juga untuk merawat parut.

5 Jenis Kacang Untuk Kulit Glowing Dan Cantik Berseri pistachios

Hal ini kerana vitamin E berfungsi untuk mengurangkan keradangan, ia membantu meminimumkan pengeluaran minyak, membebaskan liang dan mencegah pengumpulan minyak. Ini seterusnya membantu mencegah jerawat.

Vitamin E juga membantu meningkatkan keanjalan kulit, yang membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan daripada terbentuk.

Ini menghasilkan warna kulit yang lebih berseri dan kelihatan muda. Di samping itu, vitamin E juga berfungsi untuk melindungi membran sel kulit anda, yang menghasilkan kulit yang lebih glowing dan sihat.

3. Walnut –

Rasanya mungkin sedikit pahit, tetapi walnut mengandungi sifat anti-radang kerana kehadiran asid lemak omega-3.

Sebilangan kecil kacang ini dapat meningkatkan kadar vitamin B yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesihatan kulit anda dengan menjaga garis-garis halus dan kedutan yang berkaitan dengan usia.

Ia kaya dengan antioksidan yang membantu pertumbuhan semula kulit dan keanjalan. Antioksidan ini meningkatkan pengeluaran kolagen dan pembaikan sel, sehingga menganjalkan semula kulit dan menjaga tanda-tanda penuaan.

walnut untuk kulit

Makan walnut atau gunakan minyak walnut di wajah anda setiap hari dan lihat perbezaannya yang menakjubkan.
Walnut mempunyai sifat kimia yang meningkatkan peredaran darah, sehingga membawa oksigen dan nutrien ke setiap sel.

Peredaran darah yang lancar ke wajah membantu kulit kelihatan bersinar secara semula jadi. 3-4 walnut dalam sehari (mungkin semasa waktu snek) akan membantu kulit anda supaya nampak glowing.

Walaupun walnut bagus untuk menjadikan kulit cantik dan berseri, minyak walnut juga dapat merawat jangkitan kulit.

Terkenal dengan sifat anti-kulat dan anti-radang, minyak walnut malah menbantu masalah kulit seperti kaki Athlete, psoriasis dan candida.

Sebenarnya, mencampurkan minyak dengan bahan anti-kulat semula jadi lain seperti bawang putih mempercepat proses penyembuhan.

4. Kacang Brazil –

Sebagai makanan, kacang Brazil adalah yang terkaya di planet ini untuk selenium, bersifat anti-viral, mengurangkan risiko barah, penyakit autoimun dan tiroid dan juga penting untuk pembiakan dan kesuburan lelaki dan wanita.

Ia juga menawarkan beberapa sifat anti-radang yang hebat. Terdapat banyak faedah memakan kacang brazil untuk kulit dan rambut anda.

Anda juga boleh mengamalkan minyak kacang Brazil sebagai pelembap kulit semula jadi yang sangat baik dan boleh digunakan di seluruh badan anda.

Kacang brazil untuk kulit

Kandungan mineral dan vitamin yang kaya menjadikannya ideal untuk menyembuhkan kulit kering atau yang rosak.

Apabila digunakan sebagai ramuan dalam produk perawatan kulit, minyak kacang brazil melembapkan kulit dan kerana sifatnya yang menyegarkan, minyak kacang Brazil adalah rawatan anti-kedut yang berkesan yang memancarkan kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan penuaan.

Kacang brazil sangat baik untuk mendapatkan kulit yang sihat, meningkatkan keanjalan kulit untuk mencegah penuaan pramatang, menyingkirkan radikal bebas dari sel kulit, mencegah kedutan dan barah kulit.

Minyak Kacang Brazil juga merupakan emolien yang sangat baik untuk mencegah kekeringan serta keadaan seperti ekzema dan psoriasis.

Selain itu, ia membantu melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya dan menggalakkan pembaikan dan pertumbuhan sel.

Kacang Brazil kaya dengan omega 3, Vitamin E dan selenium untuk menjadikan rambut sihat, berkilau dan kurang terdedah kepada kerosakan

5. Cashewnut –

Jika dimakan secara berkala, Cashew nut dapat membantu mencegah penyakit darah. Ini disebabkan kaya dengan copper (tembaga) yang membantu menghilangkan radikal bebas dari badan.

Copper didalam cashew nut sangat baik untuk rambut dengan membantunya kelihatan sihat dan kuat.

Cashew nut untuk kulit

Selain itu, tembaga juga merupakan bahagian penting bagi banyak enzim yang membantu memberikan warna pada rambut.

Apa-apa yang berlebihan adalah berbahaya dan begitu juga cashew nut. Tetapi memakan tiga hingga empat biji cashew nut setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol didalam darah.

Cashew nut membantu menurunkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). HDL membawa kolesterol dari jantung ke hati untuk diuraikan menjadi lebih kecil.

Menariknya, minyak yang diekstrak dari cashew nut sangat bermanfaat untuk kulit. Minyaknya kaya dengan zink, magnesium, zat besi, selenium dan fosfor.

Kelima-lima jenis kacang ini juga merupakan sumber protein dan antioksidan yang hebat sehingga membantu kulit anda kekal sihat dan kurang kedut. Ia juga membantu dalam mencegah barah kulit.

So lepas ni bolehlah start beli kacang dan amalkan memakan kacang setiap hari. Semoga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk anda ya.

Biasanya saya beli kacang yang mix siap-siap. Taklah bosan sangat kan kalau makan sejenis je. Boleh dapatkan kat Shopee atau Lazada.

BELI DI SHOPEE

BELI DI LAZADA

Jangan lupa subscribe untuk lebih banyak post menarik dan share dengan kawan agar lebih ramai yang tahu tentang kebaikan kacang kepada kita.

So itu sahaja untuk post 5 Jenis Kacang Untuk Kulit Glowing Dan Cantik Berseri. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Yang Ikhlas,

Alia