Sesiapa yang mempunyai kulit kering dan sensitif sering buat anda tak selesa. Kadang-kadang bila diikuti dengan gatal-gatal dan inflamasi ia agak ‘menyakitkan’.
Kalau boleh asyik nak sapu je pelembap sepanjang masa. Kepada anda yang gemar nak DIY skincare sendiri, saya ada share satu resepi DIY Healing Balm untuk anda yang mempunyai masalah ini.
Tapi jika anda tak ada masa nak DIY, post kali ni saya nak share 5 produk/ointment natural dan bukan natural yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan masalah kulit kering dan sensitif.
Review ini adalah berdasarkan pengetahuan saya membaca bahan pada produk dan testimoni pelanggan yer.
Saya tak beli dan cuba sendiri produk ni. So terpulang jika nak cuba atau tidak, saya cuma berkongsi apa yang saya tahu.
So, jom kita lihat apa itu 5 Produk Pelembap/Ointment Terbaik Untuk Kulit Kering Sensitif.
5 Produk Pelembap/Ointment Terbaik Untuk Kulit Kering Sensitif
1. Burt’s Bees Baby 100% Natural Multipurpose Ointment, Face & Body Baby Ointment.
Bahan-bahan: Ricinus communis (castor) seed oil, cocos nucifera (coconut) oil, beeswax, hydrogenated castor oil, fragrance*, butyrospermum parkii (shea) butter, calophyllum inophyllum seed oil, glycine soja (soybean) oil, prunus amygdalus dulcis (sweet almond) oil, simmondsia chinensis (jojoba) butter, tocopherol, citral, citronellol, coumarin, farnesol, geraniol, limonene, linalool * natural fragrance
Bahan-bahan ini saya dapatkan dari laman web Burt Bees sendiri di sini.
Mengikut senarai bahan yang diberikan di atas, Burt Bees Baby Ointment ini dihasilkan daripada Minyak biji castor, minyak kelapa, wax lebah, minyak castor hidrogenated atau wax castor, shea butter, minyak tamanu, minyak soya, minyak almond, butter jojoba, tocopherol atau vitamin e dan pewangi semulajadi iaitu citral, citronellol, coumarin, farnesol, geraniol, limonene, dan linalool.
Pewangi semulajadi ini biasa didapati daripada essential oil atau hadir dalam bentuk cecair yang tidak berwarna atau kuning cair.
Kebaikan: Balm ini adalah 100% semulajadi kerana tiada bahan sintetik dan cuma mengandungi minyak, wax dan pewangi semulajadi sahaja.
Oleh itu ia sesuai digunakan oleh orang dewasa mahupun bayi.
Fungsi utama produk ini ialah memberikan kelembapan ke atas kulit kering disamping melindungi kulit dengan membentuk lapisan perlindungan untuk mengurangkan kehilangan air dari kulit.
Produk ini bebas phthalates, parabens, petrolatum, dan SLS. Ini menyebabkan ia juga sesuai digunakan untuk mereka yang berkulit sensitif.
Kelemahan: Komponen utama produk ini ialah minyak, so ia akan berminyak sedikit dan mengambil masa untuk meresap ke dalam kulit.
Bagi anda yang mempunyai alergi kepada kacang adalah tidak digalakkan kerana minyak ini mengandungi sweet almond oil.
Walaupun pewangi yang digunakan adalah pewangi natural, sesetengah orang yang berkulit sensitif mungkin mengalami alergi dan adalah digalakkan untuk memilih produk yang bebas pewangi.
2. Badger Company, Baby Balm, Chamomile & Calendula
Bahan-bahan: *Olea Europaea (Extra Virgin Olive) Oil, *Ricinus Communis (Castor) Oil, *Cera Alba (Beeswax), Essential Oil of *Anthemis Nobilis (Roman Chamomile), and CO2 Extract of *Calendula Officinalis (Calendula).
Bahan-bahan ini saya dapatkan dari laman web Badger Balm sendiri di sini.
Mengikut senarai bahan yang diberikan di atas, Baby Balm ini dihasilkan daripada Minyak zaitun extra virgin organik, minyak castor organik, organik beeswax, organic roman chamomile essential oil dan extract calendula.
Kebaikan: Produk ini adalah 100% semulajadi kerana tiada bahan sintetik dan cuma mengandungi minyak, wax dan pewangi semulajadi sahaja yang didapati daripada chamomile essential oil sahaja.
Oleh itu ia sesuai digunakan oleh orang dewasa mahupun bayi.
Fungsi utama produk ini ialah menyihatkan kulit, mempercepatkan penyembuhan kulit, dan melegakan kulit yang mengalami inflamasi.
Produk ini tidak mempunyai bahan kimia berbahaya, pewangi tiruan, bebas paraben dan pengawet.
Calendula dan Chamomile sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit terutamanya yang sensitif.
Fungsi produk ini terletak pada chamomile dan calendula yang membantu untuk mengurangkan kemerahan dan iritasi kulit.
Kehadiran olive oil melembapkan kulit kering dan beeswax menghalang air daripada hilang ke persekitaran.
Kelemahan: Bagi anda yang sensitif kepada essential oil, sama seperti Burt Bees, produk bebas pewangi adalah lebih baik digunakan.
Komponen utama produk ini ialah minyak jadi ia akan meninggalkan kesan minyak di atas kulit sebelum diserap.
3. Egyptian Magic All Purpose Skin Cream
Bahan-bahan: Olive oil (olea europaea oil), beeswax, honey, pollen, royal jelly and propolis extract
Bahan-bahan ini saya dapatkan dari laman web Egyptian Magic sendiri di sini.
Mengikut senarai bahan yang diberikan di atas, Egyptian Magic ini dihasilkan daripada minyak zaitun (olea europaea oil), wax lebah, madu, debunga, royal jelly dan ekstrak propolis.
Bahan utama produk ini adalah minyak zaitun sama seperti Badger Balm tadi.
Dengan skala komedogenik 2, minyak zaitun atau olive oil ini akan meninggalkan kesan berminyak sedikit tetapi tidak menyumbat pori-pori.
Maka ia sesuai untuk melembapkan kulit kerana ia mengambil masa untuk meresap ke dalam kulit.
Kebaikan: Produk ini adalah 100% semulajadi kerana tiada bahan sintetik dan bebas pewangi.
Produk ini mengandungi ekstrak propolis dan madu yang mempunyai kesan anti bakteria, oleh itu ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit mahupun kering, sensitif, berminyak atau berjerawat.
Fungsi utama produk ini ialah melembapkan kulit, lip balm, makeup remover, parut, gatal-gatal, rashes, eczema, psoriasis, diaper rash, jerawat dan stretch mark.
Produk ini bebas paraben, alcohol-free, non-toxic, non-hormonal, bebas pengawet, bebas pewangi dan steroid-free. Produk ini juga bebas pewangi.
Kelemahan: Sama seperti Burt Bees dan Badger Balm, komponen utama produk ini ialah minyak. Jadi ia akan berminyak sedikit apabila digunakan.
4. Eucerin Aquaphor Soothing Skin Balm
Bahan-bahan: Paraffinum Liquidum , Cera Microcristallina , Ceresin , Lanolin Alcohol , Panthenol , Glycerin, Bisabolol.
Bahan-bahan ini saya dapatkan dari laman web Eucerin sendiri di sini.
Mengikut senarai bahan yang diberikan di atas, Eucerin Aquaphor Soothing Skin Balm ini dihasilkan daripada Paraffinum Liquidum iaitu sejenis minyak mineral yang berasal dari petroleum.
Cera Microcristallina dan ceresin sejenis wax parafin juga berasal dari petroleum.
Alkohol lanolin adalah campuran alkohol organik yang diperoleh daripada hidrolisis lanolin, berasal dari rembesan sebum haiwan seperti kambing biri-biri.
Panthenol atau Pro-vitamin B5, glycerin yang berfungsi sebagai humectant (menarik air ke permukaan kulit) dan bisabolol iaitu komponen utama dalam minyak chamomile.
Bahan utama produk ini adalah Paraffinum Liquidum (melebihi 40%) yang berfungsi seperti minyak dimana ia melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan air dari kulit.
Fungsi utama produk ini ialah melembapkan kulit kering dan kulit yang mengalami dehidrasi (kurang air).
Kebaikan: Produk ini mengandungi vitamin B5 yang membantu kulit menjadi lembut, licin dan sihat.
Ia mempunyai kesan anti-radang yang dapat membantu merangsang proses penyembuhan kulit anda.
Ia juga mengandungi glycerin untuk menarik air ke permukaan kulit menyebabkan produk ini sesuai juga untuk mereka yang megalami dehidrasi kulit.
Bisabolol sangat baik untuk mengurangkan inflamasi kulit dan sangat baik untuk kulit sensitif.
Berbeza dengan 3 Burt Bees Badger Balm dan Egyptian Magic, product ini mengandungi komponen air iaitu gkycerin dan vitamin B5 dan tidak 100% oil based.
Produk ini bebas pengawet, bebas pewangi dan tidak komedogenik atau menyumbat pori-pori.
Kelemahan: Produk ini bukan produk natural. Bahan utama produk ini adalah berasaskan petroleum.
5. CeraVe Healing Ointment
Bahan-bahan: Petrolatum, Paraffinum Liquidum / Mineral Oil / Huile Minerale, Paraffin, Ozokerite, Dimethicone, Aqua / Water / Eau, Ceramide Np, Ceramide Ap, Ceramide Eop, Carbomer, Sodium Lauroyl Lactylate, Proline, Cholesterol, Phenoxyethanol, Tocopheryl Acetate, Tocopherol, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Panthenol, Pantolactone, Phytosphingosine, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin.
Fungsi produk ini adalah melembapkan kulit yang sangat kering di seluruh badan, muka, dan juga pada tangan.
Melindungi dan menenangkan kulit kering, retak dan mengelupas dengan formula lembut dan lembut yang mengandungi asid hyaluronic untuk menarik air ke permukaan kulit.
Produk ini diformulasikan dengan tiga ceramida penting (1, 3, 6-II) yang membantu memulihkan dan mengekalkan penghalang pelindung semula jadi kulit agar sentiasa lembap.
Selain itu, produk ini juga diterima oleh Persatuan Ekzema Nasional. Produk ini mengandungi pengawet iaitu phenoxyetahnol dan ethylhexylglycerin untuk membuatkan produk ini tahan lama.
Kebaikan: Produk ini mengandungi dua bahan yang penting untuk menjaga kelembapan kulit iaitu ceramida dan hyaluronic acid.
Ia juga mengandungi Panthenol atau vitamin B5, bebas lanolin, bebas pewarna dan tidak menyumbat pori-pori.
Selain itu ia juga mengandungi vitamin E yang berfungsi untuk menyokong sistem imun, fungsi sel, dan kesihatan kulit.
Kelemahan: Produk ini bukan produk natural kerana ianya berasaskan petroleum.
Produk yang saya pilih dalam post ini adalah berdasarkan testimoni pelanggan dan antara produk best seller.
Bagi anda yang menggemari produk natural anda boleh pilih produk 3 yang pertama.
Bagi anda yang tidak kisah produk natural atau tidak, anda boleh mencuba produk keempat dan kelima.
Bagi anda yang nak tahu tips kulit glowing dan flawless secara semulajadi dan yang berkulit kering dan sensitif boleh baca post rawatan ekzema secara tradisional di sini.
Saya harap apa yang saya kongsikan membantu ya. Itu sahaja untuk post 5 Produk Pelembap/Ointment Terbaik Untuk Kulit Kering dan Sensitif. Kita jumpa di blog post yang akan datang.
Yang Ikhlas,
Alia