Essential oils telah lama digunakan sejak zaman dahulu untuk digunakan sebagai perfume, meningkatkan taraf kesihatan dan kecantikan kulit. Dalam post kali ni, Kak Lia akan share 6 Essential Oil Untuk Kulit Kering Dan Sensitif.
Dengan kehadiran pelbagai brand essential oil seperti Young Living, Doterra dan Plant Therapy makin ramai yang menyedari kebaikan essential oil dalam kehidupan seharian.
Apakah itu Essential Oil?
Essential oil atau minyak pati ini adalah pati tumbuhan yang mudah mengewap dan mencipta wangian yang unik. Ia diekstrak dari bunga tumbuhan, kulit kayu, batang, daun, akar, dan kadang-kadang buahnya.
Tidak kira sumbernya, minyak ini adalah campuran yang kompleks, sering mengandungi hingga 60 bahan yang berbeza, ada yang baik untuk kulit, dan yang lain tidak begitu baik.
Bahagian wangi yang mudah mengewap inilah yang menjadikan essential oil boleh mendatangkan masalah namun tetapi ia juga bermanfaat.
Double function ini kadang-kadang mengelirukan dan ini menyebabkan mengapa ada orang yang tidak sesuai menggunakan essential oil untuk kulit.
Bagaimana Essential Oil Merengsakan Kulit
Beberapa komponen minyak ini memang bermanfaat untuk kulit. Sebagai contoh, banyak daripadanya adalah sumber antioksidan kuat seperti asid kafeik dan asid rosmarinik.
Yang lain mengandungi bahan antibakteria yang melindungi daripada masalah kulit seperti yang berkaitan dengan kulat, yis dan bakteria.
Namun ada juga komponen yang tidak baik untuk kulit, kerana sebilangan besar sebatian ini juga boleh merengsakan dan merosakkan kulit dengan ketara.
Hal ini kerana essential oil mengandungi bahan pewangi seperti limonena, sitronellol, eugenol, dan linalool dan banyak lagi allergen lain yang boleh merengsakan kulit.
Perlu diingat bahawa penggunaan topikal apa sahaja berpotensi menyebabkan reaksi alergi.
Disebabkan itu essential oil tidak boleh digunakan terus ke atas kulit kerana takut akan reaksi alahan yang teruk.
Anda mesti selalu mencampurkannya dengan minyak carrier atau dalam campuran pencairan untuk mengelakkan reaksi kulit.
Anda harus melakukan “Patch test” atau ujian tampalan dengan campuran minyak sebelum menerapkannya ke kawasan kulit yang lebih besar.
Walaupun jarang berlaku, jika anda mengalami reaksi buruk, seperti ruam, gatal-gatal, atau terbakar di tempat sapuan, hentikan penggunaan dan terus berjumpa doktor anda.
Kekeringan, gatal-gatal, dan kemerahan hanyalah beberapa tanda kulit sensitif. Anda mungkin mengalami keradangan dari produk tertentu atau bengkak akibat alahan bermusim.
Bukan sahaja essential oil, malah wangian sintetik yang terdapat dalam produk kecantikan konvensional juga boleh merengsakan kulit kerana tahap ketoksikan yang tinggi.
Kebaikan Essential Oil
Apabila anda menggunakan essential dengan minyak carrier dengan betul, ia bukan sahaja mempunyai kesan terapi untuk kesihatan malah membantu kulit untuk:
1. Menjaga kesihatan dan kesejahteraan umum dan meningkatkan fungsi umum / keseluruhan.
2. Menjana semula sel kulit yang sihat dengan cepat dan cekap.
3. Meningkatkan fungsi pembaikan dan perlindungan lapisan penghalang semulajadi kulit, untuk menyembuhkan dan memperbaiki kulit dengan lebih mudah daripada kerengsaan dan sensitiviti, gigitan, sengatan, luka, dan parut.
4. Melawan jangkitan dan membunuh mikrob yang berpotensi berbahaya serta menghentikan penyebaran jangkitan.
5. Merangsang peredaran darah yang mendorong kulit yang bercahaya atau glowing.
Kerana potensi essential oil yang 100% tulen, pencairan dengan minyak carrier sangat penting ketika digunakan pada kulit.
Antara minyak carrier yang boleh digunakan ialah minyak sunflower seed oil, minyak sweet almond oil dan Apricot Kernel. Anda boleh melihat senarai minyak carrier untuk kulit sensitif di sini.
Essential Oil Untuk Kulit Kering Dan Sensitif.
1. Lavender:
Sama ada anda terkena sunburn atau berusaha mengatasi keradangan, Lavender membantu penyembuhan kulit.
Lavender adalah agen kuat melawan bakteria dan jangkitan. Selain itu ia bersifat antiseptik, anti-radang, menyeimbangkan penghasilan sebum, disinfektan, deodoran, jangkitan yis, dan membantu menghidrat kulit.
Lavender juga membantu memperbaiki kulit yang rosak dan mempercepat proses pertumbuhan semula sel kulit yang sihat (cytophylactic) disamping memberikan aroma yang menenangkan.
Essential oil lavender adalah minyak pati paling tepat untuk memulakan penggunaan essential oil jika essential oil perkara baru untuk anda.
Minyak pati popular ini menenangkan dan menyuburkan semua jenis kulit dan mudah dimasukkan ke dalam rejimen penjagaan kulit anda setiap hari.
2. Chamomile
Chamomile terkenal dengan cirinya yang menenangkan dan bersifat anti radang. Ia juga bertindak sebagai ubat semula jadi untuk jerawat dan cela.
Chamomile kaya dengan komponen antiseptik dan anti-radang dan membantu kulit agar lebih berseri.
Ia juga dapat membantu memperbaiki penampilan bintik-bintik gelap dan perubahan warna.
Ada dua jenis chamomile iaitu roman chamomile dan german chamomile. Chamomile german lebih banyak digunakan untuk kulit kerana kandungan Chamazulene yang tinggi yang bersifat anti inflamasi yang kuat.
Walaubagaimanapun kedua-dua jenis chamomile ini bagus untuk mengurangkan kemerahan dan iritasi kulit.
3. Neroli
Neroli essential oil merangsang sel kulit untuk tumbuh semula dan memberikannya sifat anti parut.
Ini menjadikan neroli bahan yang hebat untuk disapu pada stretch mark, bintik-bintik gelap dan parut.
Bersama dengan sifat regeneratifnya, minyak neroli juga bersifat antiseptik, antibakteria, anti-radang dan menghilangkan rasa sakit.
Ini menjadikannya berguna untuk merawat jerawat dan mengurangkan kemerahan yang berkaitan dengan jerawat.
Neroli juga dapat digunakan untuk merawat kulit berminyak, mengurangkan garis halus dan menghidrat semua jenis kulit.
Ia membantu mencerahkan kulit secara semula jadi.
Umumnya neroli tidak merengsakan jika digunakan dengan betul, ia membantu mengecilkan saiz liang pori dan mengurangkan dry spots sehingga anda dapat mencapai kulit yang glowing.
4.Geranium
Geranium mempunyai bau seperti bunga rose. Bau bunga yang kuat ini menjadi kegemaran kebanyakan penggemar essential oil untuk digunakan di dalam diffuser kerana mereka akan merasakan berada seolah-olah berada didalam kedai bunga.
Geranium sesuai untuk semua jenis kulit, seperti kulit matang, kulit kering, berminyak mahupun kulit sensitif.
Ia bersifat antiseptik, antibakteria, anti-inflammatory dan menyeimbangkan penghasilan sebum.
Selain itu, geranium membantu mengatur hormon, memelihara kulit (cicatrisant), mengetatkan dan mengencangkan tisu (astringen).
Sangat baik untuk kulit berminyak dan jerawat, ia juga sesuai untuk kulit kering dan sangat berguna untuk kulit sensitif kerana sifatnya yang mengatur dan menyeimbangkan.
Minyak pati geranium adalah pilihan yang popular untuk membantu menghaluskan dan menegangkan kulit
5. Tea Tree
Minyak pokok teh adalah antiseptik semula jadi. Terdapat beberapa bukti bahawa ia membantu menyembuhkan luka akibat terbakar dan luka kulit kecil.
Tea tree biasanya dikaitkan dengan jerawat dan muka berminyak. Ia membantu mengecutkan jerawat kerana sifatnya yang anti bakteria.
Ia juga membantu mengurangkan kegatalan dan ini menyebabkan mengapa sesetengah produk kulit sensitif untuk kulit ekzema mengandungi tea tree.
Ia membantu mengurangkan iritasi kulit, kemerahan dan jangkitan.
Menggunakan Frankincense untuk ekzema dan kulit sensitif adalah idea yang bagus. Ia terkenal kerana mempercepat proses penyembuhan kulit dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel dan memperbaikinya.
Ia juga merupakan minyak pati yang popular menjadikannya ideal untuk disertakan dalam body oil untuk kulit sensitif.
Bahan aktif dalam Frankincense, iaitu asid boswellic, terbukti mempunyai manfaat anti-radang.
Bagaimana Menggunakan Essential Oil Untuk Kulit?
Seperti yang anda ketahui, essential oil tidak boleh digunakan direct ke atas kulit tanpa minyak carrier. Anda boleh menggunakan dua cara di bawah untuk menggunakan essential oil:
1. Menggunakan minyak carrier – Gunakan apa-apa jenis minyak carrier kegemaran anda. Untuk 99 g minyak carrier campurkan 1 g essential oil ke dalam minyak carrier.
Atau, jika tak ada penimbang, anda boleh menggunakan 15-20 titis essential oil ke dalam 100 g minyak carrier.
Jika anda ada roll on 10 ml. Just gunakan 3 titis essential oil ke dalam roll on yang megandungi minyak carrier.
2. Menggunakan losyen atau krim – Jika anda mempunyai krim atau losyen, anda boleh menggunakan cara yang sama seperti minyak carrier di atas.
Bezanya anda menggantikan minyak carrier dengan losyen atau krim.
Pastikan anda mencampurkan minyak carrier atau losyen/krim dengan essential oil dengan sebati.
So, itu sahaja untuk post 6 Essential Oil Untuk Kulit kering Dan Sensitif. Jangan lupa klik share dan subscribe ya.
Semoga bermanfaat. Kita jumpa lagi di post yang akan datang. Bye..
Yang Ikhlas,
Alia