Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa membasmi kuman permukaan seperti meja dan tombol pintu dan membasmi kuman tangan dengan penggunaan alkohol adalah suatu amalan yang baik untuk mengelakkan penyebaran Coronavirus. Jika anda tengah mencari hand sanitizer terbaik di Malaysia, teruskan membaca.
Sejak COVid-19 ni, mencuci tangan menggunakan sabun dan penggunaan hand sanitizer sangat diutamakan.
Secara jujurnya saya lebih suka dengan sabun kerana ianya rasa lebih bersih dan kulit pun taklah kering sangat.
Lagipun hand sanitizer hanya digunakan kalau tiada sabun dan bukannya pilihan utama untuk membersihkan tangan.
Tapi kalau nak membeli barang diluar, saya selalu membawa hand sanitizer.
Tapi sekarang ni macam-macam brand ada dijual sampai tak tahu nak pilih mana satu.
Sebelum tu kalau anda tengah berfikir nak beli hand sanitizer, macamana ye nak tahu hand sanitizer terbaik ke tidak?
Bahan-bahan Hand Sanitizer
Ada dua jenis alcohol yang biasa digunakan dalam hand sanitizer. Ethanol dan isopropyl alcohol.
Kedua-dua alkohol ini sama sebenarnya berkaitan dengan sifat pembasmi kuman. Namun, mereka mempunyai sedikit perbezaan ketika disapu pada kulit.
Etanol adalah jenis alkohol yang terdapat dalam minuman beralkohol. Isopropil alkohol juga dikenali sebagai isopropanol, 2-propanol atau alkohol gosok. Ketika digunakan sebagai pembasmi kuman, kedua-duanya biasanya digunakan pada kepekatan 60-75 persen dalam air.
Etanol berfungsi dengan mendenaturasi (merosakkan) protein dan melarutkan lipid, dengan berkesan memusnahkan banyak jenis sel bakteria dan virus. Walaubagaimanapun, ia tidak berkesan terhadap spora.
Etanol biasanya digunakan dalam kepekatan 70 peratus. Kenapa 70%? Kenapa tak guna 90% ke 100% ke biar kuman tu mati semua.
Begini, etanol ni mempunyai sifat yang mudah mengewap jika diletakkan pada ruang terbuka. Kalau kepekatan tinggi sangat, ia akan mengewap terlalu cepat. tak sempat dia nak bunuh semua kuman tu nanti;-p
Kalau kepekatan rendah sangat pun tidak begitu berkesan. Sebab itulah kenapa alkohol memerlukan air dan bahan tambahan lain.
Satu lagi, etanol mampu mengeringkan kulit sehingga tidak boleh digunakan secara langsung tanpa agen tambahan.
Ini menyebabkan kenapa sesetengah orang yang berkulit sensitif merasa sangat kering dan pedih ketika menggunakan hand santiizer.
Kebanyakan hand sanitizer menggunakan ethanol dan menambah bahan lain seperti aloevera dan glycerin untuk mengurangkan kesan kekeringan kulit selepas menggunakan hand sanitizer.
Isopropil alkohol, sebaliknya kurang mengeringkan kulit sedikit dan boleh digunakan dalam kuantiti yang banyak. Ia juga memusnahkan sel bakteria dan virus dengan mekanisme yang sama.
Walaubagaimanapun, untuk membasmi kuman permukaan, etanol dan alkohol isopropil hampir sama berkesan. Etanol dapat digunakan dalam pembersihan permukaan sahaja, tetapi alkohol isopropil juga dapat digunakan sebagai antiseptik dan sering digunakan di hospital.
Tetapi yang paling penting ialah anda perlu menggosok dengan rata alkohol ke seluruh tangan dan jari agar lebih berkesan dan bukan setakat menyapunya di tangan.
Dalam blog kali ni, saya akan share 8 jenis hand sanitizer terbaik yang ada dijual di Malaysia. Pemilihan ini adalah berdasarkan jenis bahan dan review serta merupakan hand sanitizer yang menjadi pilihan di Shopee.
8 Hand Sanitizer Terbaik Dan Bestseller Di Malaysia
1. Care Guard – Malaysia Product Hand Sanitizer 500ml / 5L [ Alcohol 75% ] (Gel Type)kills 99.99% virus made in Malaysia.
Review: 4.8/5
Jenis: Spray dan gel
Harga : RM9.50 (500ml)
Bahan-bahan: Ethanol 26%, isopropyl alcohol 50%, Glycerin, d-alpha tocopherol (ethylene glycol), castor oil, air suling.
Hand sanitizer ini menggabungkan etanol dan isopropyl alkohol dengan jumlah kandungan alkohol sebanyak 76%.
Ia juga mengandungi glycerin iaitu sejenis humectant yang menarik air kepermukaan kulit disamping tocopherol iaitu vitamin e untuk mengurangkan kekeringan kulit.
Kelebihan:
- Membunuh 99.9% kuman.
- Tak perlu bilas, tidak melekit, cepat kering.
- Mempunyai lembaran data keselamatan malaysia (MSDS) – Pengesahan produk pengguna yang selamat Sesuai untuk barisan hadapan & Sangat disyorkan untuk digunakan oleh orang awam
- Mengandungi glycerin – pelembap yang mencukupi untuk menjaga kulit agar sentiasa terhidrasi
- Dibekalkan ke hospital dan KKM
- Diluluskan oleh KKM
2. Safercare Plus Hospital Use Hand Sanitizer Anti Virus Hand Sanitiser Gel Wash Coronavirus Influenza.
Review: 4.7/5
Bahan-bahan: Saya tak jumpa bahan-bahan penuh untuk hand sanitizer ni. Cuma berpandukan buletin ini sahaja.
Menurut buletin ni, Safercare plus hand sanitizer ini mengandungi 75% ethyl alcohol (ethanol). Untuk mengurangkan kekeringan kulit, Safercare Plus mengandungi allantoin yang diekstrak daripada daun comfrey.
Jenis- Cecair
Harga: RM16.99- RM19.90 untuk 500 ml
Kelebihan :
- membunuh 99.99% bacteria dan virus.
- Berasaskan cecair tidak perlu bilas
- Berkesan dalam masa 30 saat
- Tidak melekit pada tangan
- Mempunyai formula melindungi dan menenangkan kulit – allantoin
- WHO rekomendasi
- Lembut untuk kulit dan bersifat non-iritant
- Melambatkan penuaan kulit
- Disahkan oleh KKM dan JAKIM
- Fragrance free
3. DETTOL Hand Sanitizer – Dettol hand sanitizer ni ada 3 jenis. Original, Refresh dan Soothe.
Review: 4.9/5
Jenis- Dettol Original Gel
Harga: RM4.68 – 50ml
Bahan-bahan- Alcohol 66%, water, PEG/PPG-17/6 Copolymer, Propylene Glycol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tetrahydroxypropyl Ethylenediamine, Fragrance, Limonene.
Yang ni original, setahu saya kalau ikut bahan-bahan ia cuma mengandungi propylene glycol (humectant) untuk mengurangkan kekeringan kulit. Tapi kalau nak yang ada aloevera ambik Dettol Refresh, gambar kat bawah ni. Harganya lain sikit ya, RM6.99.
Dan kalau anda mempunyai kulit sensitif, boleh beli yang ni pulak. Sebab ada chamomile extract untuk menenangkan kulit sensitif. Yang ni pulak, RM6.39 untuk 50ml.
Kelebihan:
- Membunuh 99.9% bacteria dan virus tanpa air
- Tidak melekit dan cepat kering
- Saiz kecil dan mudah dibawa
4. Cleanse360 Hand Sanitizer [Gel type – 500ml] 75% Alcohol | Rinse Free | Quick Dry
Review: 4.9/5
Jenis- Gel dan spray
Harga: RM6.90-RM8.90
Bahan-bahan : Alcohol, water, polyacrylic acid, triethanolamine.
Bahan-bahan dalam hand sanitizer ni tak banyak. Beza hand sanitizer yang ni dengan yang lain ialah, anda boleh pilih alkohol mana satu. Yang isopropil alkohol murah sedikit dengan harga RM6.90 dan yang etanol pula RM8.90.
Selain alkohol sebanyak 75%, hand sanitizer ini hanya mengandungi air, polyarcylic acid iaitu sejenis bahan pemekat yang membuatkannya jadi macam gel dan triethanolamine sejenis pH adjuster. Jika anda berkulit sensitif mungkin tak sesuai. Tapi kalau tak sensitif sebenarnya ok je.
Kelebihan
- Berkesan 99.9%
- Bersifat antibakteria dan membunuh virus
- Cepat kering tanpa bilas
- Sesuai untuk seisi keluarga
- Ada dua jenis pilihan no fragrance dan limited edition honeydew fragrance.
5. Antabax Hand Sanitizer Spray (50ml)
Review: 4.9/5
Jenis- Spray
Harga: RM4.30 untuk 50ml
Bahan-bahan: Alcohol denat, water, propylene glycol humectant, glycerin, fragrance, aloe barbadensis leaf juice, niacinamide (B3), calcium pantothenate vit (B5), sodium ascorbyl phosphate, pyridoxine HCl (B6), tocopherol acetate (vit e).
Yang ni favourite saya, saya rasa antara semua hand sanitizer yang ada kat Malaysia, Antabax hand sanitizer nilah yang paling banyak vitamin. Dah macam produk skincare pun ada. Kalau tengok bahan-bahan ada glycerin, aloevera, vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin C, Vitamin B6 dan vitamin e.
Semua vitamin ni bagus untuk kesihatan kulit, bukan sahaja kuman mati malah kulit anda sentiasa lembap dan tidak menyebabkan iritasi kulit.
Kelebihan:
- Membunuh 99.9% kuman.
- Tak perlu bilas, tak melekit
- Cepat kering.
- Kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja.
- Wangi.
- Sesuai untuk kulit sensitif.
- Halal
6. Pureen Hand Sanitizer (50ml)
Review: 5/5
Jenis- Gel
Harga: RM9.90 untuk 50ml
Bahan-bahan : Alcohol denat 68%, Water, Propylene Glycol, Carbomer, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Fragrance, Tocopheryl Acetate, Triethanolamine.
Kandungan alkohol dalam ni rendah sedikit, tapi sebab masih melebihi 60% ianya masih berkesan. Bezanya kandungan alkohol yang sedikit sesuai digunakan untuk kanak-kanak. Ditambah pula dengan vitamin e, kulit taklah rasa kering sangat.
Kelebihan:
- Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
- Keil dan mudah dibawa
- Tak melekit, tak perlu bilas.
- Sesuai untuk kulit sensitif.
7. GRIMO Instant Hand Sanitizer Gel Anti Bac Sanitiser Antibacterial Virus Germs Bacteria Aloe Vera.
Review: 4.8/5
Jenis- Gel
Harga: RM0.99-RM5.90 (60-250ml)
Bahan-bahan: 75% Alcohol + Aloe Vera Ethanol Denat, Water, Glycerin, Propylene Glycol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Panthenol (B5), Aloe Barbadensis Leaf Powder, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower, Saccharide Isomerate , HerbEx Portulaca Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel), Leaf Water, Triethanoamine.
Bahan-bahan Refill Pack: 75% Alcohol + Aloe Vera Isoprophyl alcohol, Glycerin, Propolyne glycol, Triethoamine, Aloe vera extract, Tea tree oil
Ada perbezaan antara yang asal dan yang refill kalau tengok bahan-bahan diatas. Yang botol asal rasanya lebih baik kerana kehadiran vitamin B5, aloe vera, chamomile, saccharide isomerate ni pula sejenis water binding agent ala-ala hyaluronic acid. Herbex Portulaca ekstrak tu sangat baik untuk mengurangkan iritasi kulit.
So saya boleh katakan hand sanitizer yang ni juga baik untuk kulit sensitif.
Kelebihan:
- Membunuh 99.9% kuman
- Fargrancee free
- Tiada pewarna tiruan
- Mengandungi aloevera dan bahan pelembap lain
- Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga
- kecil dan mudah di bawa
8. LIFEBUOY TOTAL 10 GEL WITH ALCOHOL HAND SANITIZER SANITISER 500ML (BUBBLE WRAP PUMP) AGAINST COVID-19
Review: 4.9/5
Jenis: Gel
Harga: RM14.00 (500ml)
Bahan-bahan: Ethyl Alcohol 70-75%, Water (Aqua), Propylene Glycol, Glycerin, Fragrance (Parfum), Triethanolamine, Carbomer, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Citronellol, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Limonene, Linalool.
Macam antabax, jenama Lifebuoy memang terkenal dengan ciri produk bersifat anti bakteria. Lifebuoy hand sanitizer ini mengandungi glycerin dan aloevera juice untuk mengurangkan kekeringan kulit.
Kehadiran fragrance (parfum) menyebabkan ada list allergen pada senarai bahan.
Citronellol, geranoil, hexyl cinnamal, limonene dan linalool ini semua adalah bahan dari fragrance tersebut. Nama-nama ni semua biasa jumpa dalam essential oil. So kalau anda jenis yang sensitif pada pewangi, mungkin kurang sesuai.
Kelebihan:
- Membunuh 99.99% kuman
- Hadir dengan bubble wrap untuk elakkan leakage.
- Boleh digunakan berulang kali contohnya selepas menggunakan tandas, batuk, atau bersin, tombol pintu, alat kawalan jauh, atau telefon bimbit anda
- Antara kegunaan lain digunakan sebelum menyediakan atau makan makanan, sebelum dan selepas merawat orang yang sakit, sebelum mengendalikan bayi dan selepas menukar lampin.
- Melindungi daripada 10 jangkitan yang menyebabkan kuman.
Itulah antara 8 hand sanitizer terbaik yang ada di Shopee Malaysia. Pada saya, semua hand sanitizer yang ada disini berkesan untuk bacteria dan virus kerana kandungan alkoholnya kebanyakkan 70%.
Berdasarkan review, ada segelintir yang mendapat produk dalam keadaan pecah dan basah, mungkin berlaku semasa proses penghantaran.
Ini menerangkan mengapa review tidak sampai 5/5. Jika ada hand sanitizer terbaik yang lain lagi, atau ada kesilapan atau kekurangan info bolehlah anda kongsikan dekat ruangan komen ya.
Jangan lupa share dan subscribe supaya tidak terlepas apa-apa post. Klik Precious Droplets untuk membaca lebih banyak blog post. Jumpa lagi di blogpost yang akan datang. Semoga bermanfaat.
Yang Ikhlas,
Alia