Dah balik-balik tukar lip balm, tapi bibir tetap kering juga. Masalahnya bibir aku ke atau lip balm ni yang tak bagus ek? Nak beli lip balm yang natural dan organik mahal pula. Well.. Nak belajar cara buat lip balm tak?
Hi semua! Saya Alia. Jika anda nak tahu cara buat lip balm sendiri di rumah, post kali ini saya akan share macamana nak buat.
Lip balm sangat popular di luar negara terutama di negara yang sering mengalami cuaca sejuk. Bukan perempuan sahaja tau yang pakai, lelaki pun pakai dan sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.
Bagi mereka, lip balm sangat diperlukan untuk membantu bibir daripada kekeringan cuaca sejuk.
Kenapa nak pakai lip balm?
Lip balm mudah di bawa kemana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil. Sekarang pun lip balm dah keluar dengan macam-macam bentuk yang trendy.
Ada yang bulat macam jenama EOS, ada yang dalam bentuk jar dan dalam bentuk tiub,
Malah lip balm hadir dalam macam-macam flavor, ada strawberry, mango, apple dan banyak lagi. Kalau nak yang unscented pun ada.
Banyak lip balm dijual di pasaran sekarang, tapi ada lip balm yang makin dipakai makin kering bibir jadinya. Nak beli yang mahal tak mampu pula, nak buat buat pun tak pandai.
Kerana sifatnya yang tidak berwarna, lelaki yang mempunyai masalah bibir kering, boleh sahaja memakainya. Cuma kalau di Malaysia nak pakai depan-depan orang tu mungkin masyarakat akan pandang pelik.
Saya dulu ada kawan seorang lelaki yang bawa lip balm ke mana sahaja. Siap pakai depan-depan lagi. Alah, bukannya pakai lipstick pun, bagi saya ok saja. Tapi taulah pandangan masyarakat kan lain.
Lip balm dipasaran kebanyakannya dihasilkan daripada petrolatum, seperti vaseline dan banyak lagi jenama lain. Harganya lebih murah berbanding lipbalm natural dan organik.
Hari ni saya nak ajar anda macamana nak buat lip balm. Saya gunakan 4 bahan saja.
Lip balm ini bersifat occlusive, bermaksud ia menghalang air dari kulit hilang ke persekitaran. Ia bersifat-sifat seolah ‘kunci’ agar kelembapan kekal di atas bibir anda.
Jadi paling sesuai lip balm ni di pakai selepas mandi. Lip balm ini sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ianya selamat dengan bahan-bahan natural so, tak perlulah risau.
Saya ada satu lagi post tentang cara nak buat healing balm untuk kulit kering dan sensitif, jika anda ada masalah kulit kering anda boleh cuba tutorial “Cara Mudah Buat Healing Balm Sendiri Di Rumah”.
Lip balm yang akan saya hasilkan ini adalah lip balm yang diringkaskan daripada lip balm Precious Droplets.
Bagi anda yang tak ada masa nak hasilkan lip balm sendiri, bolehlah cuba Natural Fruity Shea Butter Lip Balm ini. Sekarang ada promosi tau;-)
Jenis minyak yang saya gunakan adalah organik, tetapi minyak bukan organik juga boleh digunakan.
Jangan risau, walaupun tak organik, kesannya lebih kurang sama. So, jom kita lihat apa peralatan dan bahan-bahannya.
Cara Buat Lip Balm: Peralatan yang diperlukan
Lip balm yang saya hasilkan adalah untuk kegunaan individu dan boleh juga share dengan kawan-kawan. Selalu resepi kat blog dan youtube banyak sangat lebihan lip balm.
So, kali ni saya nak buat tak banyak, resepi ni menghasilkan 4 lip balm sahaja dalam tiub bersaiz 5 gram. Kalau nak tukar ke dalam jar pun boleh.
Mungkin anda biasa melihat resepi menggunakan sudu penyukat.
Tapi untuk mengelakkan pembaziran saya menggunakan penimbang yang dikhaskan untuk menimbang bahan-bahan kecil dengan skala sekecil 0.01g.
Berat keseluruhan batch lip balm ini seberat 25 g sahaja. So mungkin ada lebihan sedikit sahaja bila menghasilkan 4 lip balm. Taklah membazir sangat kan.
Peralatan yang anda perlukan ialah:
- Penimbang Skala Kecil 0.01g ( Beli kat Lazada / Shopee )
- Mangkuk kaca atau bikar untuk mencampurkan minyak ( Beli kat Lazada / Shopee )
- Pengacau atau rod kaca ( Beli kat Lazada / Shopee )
- Double boiler
- 4 tiub lip balm ( Beli kat Lazada / Shopee )
Cara Mudah Buat Lip Balm: Bahan-Bahan
- Coconut Oil 8.5g ( Beli kat Lazada / Shopee )
- Sweet almond Oil 4.0g ( Beli kat Lazada / Shopee )
- Beeswax 12.5 g ( Beli kat Lazada / Shopee )
- Orange essential oil 0.1g atau 2 drop ( Beli kat Lazada / Shopee )
- Vitamin E (optional) 0.05g atau 1 titik ( Beli kat Lazada / Shopee )
Dah cukup semua? Okay, jom kita lihat macamana nak buat pula.
Cara DIY Lip Balm – Cara Menghasilkan Lip Balm
1. Masukkan Coconut oil, sweet almond oil dan beeswax ke dalam bikar/mangkuk.
2. Panaskan campuran minyak dan beeswax dengan ,menggunakan kaedah double boiler seperti dalam gambar di bawah.
Panaskan dengan meletakkan air di dalam pan dan letakkan bikar di atasnya.
3. Kacau sehingga beeswax cair dan nampak clear.
4. Apabila beeswax sudah cair, biarkan sejuk sekejap dan masukkan orange essential oil,dan kalau nak tambah vitamin e ke dalam bikar dan kacau sebati.
DIY Lip Balm – Bahan dan Kegunaannya
Untuk menghasilkan balm mengikut fungsi tertentu, anda hendaklah memilih minyak yang sesuai.
Minyak yang dipilih adalah berdasarkan fungsi-fungsi di bawah:
1. Coconut oil – Coconut oil berfungsi untuk melembapkan bibir kering. Disamping itu, coconut oil juga mempunyai sifat anti bakteria dan antifungal untuk melindungi bibir daripada jangkitan bakteria.
2. Sweet Almond oil – Sweet almond oil adalah mempunyai kesan mempercepatkan pembaikan tisu-tisu bibir yang kering. Ia membantu menghilangkan sel-sel kulit mati pada bibir dan melembapkan bibir.
3. Beeswax – Beeswax bersifat occlusive dimana ia membantu menghalang air hilang ke persekitaran. Ia menjadi lapisan pelindung agar bibir sentiasa lembap dalam masa yang lama.
4. Orange essential oil – Orange essential oil mempunyai aroma yang manis dan membuatkan anda lebih segar dengan baunya.
5. Vitamin E – Vitamin E dapat mengurangkan kekeringan, gatal-gatal, dan kulit yang mengelupas akibat kekeringan.
So, inilah lip balm yang dah siap. Nak tunggu lip balm ni keras tak lama, dalam 5-10 minit dah boleh guna. Nanti bolehlah letak label sendiri.
Akhir Kata…
Sekiranya anda tidak mempunyai bahan-bahan di atas anda boleh menggunakan atau gantikan dengan minyak atau butter yang lain seperti olive oil, aprikot kernel oil, hemp seed oil, evening primrose oil, cocoa butter, shea butter dan peach kernel oil.
Anda juga boleh menggunakan flavor oil yang dikhaskan untuk lip balm atau menggunakan essential oil seperti peppermint atau mana-mana wangian kegemaran anda.
Untuk membuat sabun mandi untuk kulit kering dan sensitif, anda boleh mencuba resepi ini DIY Chamomile Oatmeal Soap – Sabun Mandi Untuk Kulit Kering Dan Gatal.
So, itu saja untuk post ” Cara Buat Lip Balm Sendiri Di Rumah”.
Jangan lupa tekan button share di bawah dan share dengan kawan-kawan ya!
Selamat Mencuba!
Alia