Sejak asyik on aircond ni, kulit tangan asyik terasa kering je. Balik-balik nak pakai pelembab kat tangan. Lebih-lebih lepas guna hand sanitizer, pedihnya tuhan saja yang tahu.

Stok losyen pun dah nak habis. Kulit dahlah sensitif, nak beli mahal pulak. Adakah ini anda? Nak belajar cara buat healing balm tak?

Hi semua! Saya Alia. Jika anda nak tahu cara mudah buat healing balm sendiri di rumah, post kali ini saya akan share macamana nak buat.

Bagi anda yang lebih suka menonton video, klik link Youtube di bawah untuk melihat video DIY Healing Balm.

Healing balm sangat popular di Amerika dan United Kingdom.

Bagi mereka, balm sangat diperlukan untuk membantu kulit daripada kekeringan semua cuaca sejuk.

Kenapa nak pakai balm? Apa bezanya dengan losyen?

Losyen mengandungi air dan cara menghasilkannya agak sukar.

Anda kena sediakan dua fasa iaitu fasa air dan fasa minyak dan nak mencampurkan kedua-dua fasa ini perlukan emulsifier.

Pendek kata, lebih banyak bahan dan langkah-langkah menghasilkannya pun agak sukar bagi seorang yang baru bermula.

Berbanding balm yang 100% natural, bebas pengawet dan sangat mudah untuk dihasilkan.

Balm ini bersifat occlusive, bermaksud ia menghalang air dari kulit hilang ke persekitaran.

Ia bersifat-sifat seolah ‘kunci’ agar kelembapan kekal di atas kulit.

cara mudah buat healing balm di rumah

Jadi paling baik balm ni di pakai selepas mandi. Balm ini sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Sesuai untuk semua jenis kulit terutama anda yang mengalami kulit kering, sensitif, ekzema, psoriasis dan dermatitis.

Jika anda nak tahu cara mengurangkan ekzema secara semulajadi, anda boleh baca post 21 Rawatan Ekzema Secara Tradisional Yang Anda Boleh Buat Di Rumah.

Anda juga boleh download ebook Panduan Penjagaan Kulit Dan Membeli Natural Skincare Untuk Kulit Ekzema Dan Sensitif di bawah secara percuma. Klik butang download di bawah untuk dapatkan ebook anda.

Rawatan EkzemaDOWNLOAD

Balm yang akan saya hasilkan ini adalah balm yang diringkaskan daripada balm Precious Droplets yang menjadi best seller produk yang saya hasilkan.

Jenis minyak yang saya gunakan adalah organik, tetapi minyak bukan organik juga boleh digunakan.

Jangan risau, walaupun tak organik, kesannya lebih kurang sama. So, jom kita lihat apa peralatan dan bahan-bahannya.

Eczema cream

BELI HEALING BALM

Cara Mudah Buat Healing Balm: Peralatan yang diperlukan

Balm yang saya hasilkan adalah untuk kegunaan individu selama 2-4 minggu bergantung kepada penggunaan.

Mungkin anda biasa melihat resepi menggunakan sudu penyukat.

Tapi untuk mengelakkan pembaziran saya menggunakan penimbang yang dikhaskan untuk menimbang bahan-bahan kecil dengan skala sekecil 0.01g.

Balm ini seberat 25 g sahaja. Peralatan yang anda perlukan ialah:

  • Penimbang Skala Kecil 0.01g ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Mangkuk kaca atau bikar untuk mencampurkan minyak ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Pengacau atau rod kaca ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Double boiler
  • Bekas aluminium seberat 25-30g ( Beli kat Lazada / Shopee )

Cara Mudah Buat Healing Balm: Bahan-Bahan

Cara mudah buat healing balm

  • Sunflower Oil                      12.5g ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Hemp Seed Oil                     5.6g ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Calendula Oil                      3.18g ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Beeswax                              3.5 g ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Lavender essential oil           0.5g atau 4 titik ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Tea Tree essential oil            0.5g atau 3 titik ( Beli kat Lazada / Shopee )
  • Vitamin E                               0.1g atau 1 titik ( Beli kat Lazada / Shopee )

Dah cukup semua? Okay, jom kita lihat macamana nak buat pula.

Cara Mudah Buat Healing Balm – Cara Menghasilkan Balm

1. Masukkan sunflower oil, hemp seed oil, calendula oil dan beeswax ke dalam bikar/mangkuk.

2. Panaskan campuran minyak dan beeswax dengan ,menggunakan kaedah double boiler seperti dalam gambar di bawah.

Panaskan dengan meletakkan air di dalam pan dan letakkan bikar di atasnya.

cara mudah buat healing balm

3. Kacau sehingga beeswax cair.

4. Apabila beeswax sudah cair, masukkan tea tree essential oil, lavender essential oil dan vitamin e ke dalam bikar dan kacau sebati.

cara mudah buat healing balm sendiri

5. Masukkan ke dalam tin aluminium dan biarkan sejuk.

cara mudah buat healing balm sendiri di rumah

Bahan dan Kegunaannya

Untuk menghasilkan balm mengikut fungsi tertentu, anda hendaklah memilih minyak yang sesuai.

Minyak yang dipilih adalah berdasarkan fungsi-fungsi di bawah:

1. Sunflower oil – Menggunakan sunflower oil ke kulit dapat meningkatkan fungsi penghalang kulit.

Ia mempunyai sifat anti-radang dan membantu kulit dengan mengekalkan kelembapan.

National Eczema Association mengesyorkan anda menggunakan minyak bunga matahari pada kulit dewasa dua kali sehar terutama selepas mandi.

Tapi kalau anda alergi terhadap biji bunga matahari boleh gantikan dengan minyak aprikot atau minyak peach.

2. Hemp Seed oil – Hemp Seed Oil adalah anti-radang yang kuat, dan mengandungi asid lemak yang dipercayai dapat meningkatkan kesihatan kulit.

Ia kaya dengan lemak omega-3 dan omega-6 yang terbukti mempunyai manfaat untuk kulit dan mengurangkan keradangan di dalam badan.

3. Calendula oil – Minyak Calendula mempunyai sifat fungal, anti-radang, dan antibakteria yang mungkin berguna untuk menyembuhkan luka, menenangkan ekzema, dan melegakan ruam lampin.

Ia juga digunakan sebagai antiseptik.

4. Beeswax – Beeswax telah digunakan dalam perawatan kulit sejak beribu-ribu tahun dahulu, terkenal dengan sifat penyembuhannya, ia melembapkan dan menenangkan kulit.

Ia mempunyai sifat anti radang dan antioksidan, yang menjadikannya sangat baik untuk digunakan dalam balm bagi mereka yang mengalami kulit kering, dan sensitif seperti ekzema.

5. Lavender essential oil – Oleh kerana lavender mempunyai sifat fungal dan mengurangkan keradangan, ia dapat membantu menjaga ekzema.

Minyak lavender juga dapat digunakan untuk mengubati psoriasis.

Minyak lavender membantu membersihkan kulit anda dan mengurangkan kemerahan dan kerengsaan kulit.

6. Tea tree essential oil – Tea tree bersifat anti fungal dan anti bakteria.

Tea tree biasanya di gunakan pada luka-luka kecil untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Ia membantu mengurangkan gatal-gatal bagi penghidap ekzema.

7. Vitamin E – Vitamin E dapat mengurangkan kekeringan, gatal-gatal, dan kulit yang mengelupas akibat ekzema, atau dermatitis atopik.

Satu kajian mendapati bahawa suplemen vitamin E yang dimakan dapat menghasilkan peningkatan yang signifikan dalam gejala ekzema.

Akhir Kata…

Sekiranya anda tidak mempunyai bahan-bahan di atas anda boleh menggunakan atau gantikan dengan minyak yang lain seperti olive oil, coconut oil, carrot oil, evening primrose oil, aprikot oil dan peach kernel oil.

Essential oil seperti chamomile essential oil dan geranium essential oil juga boleh ditambah atau digantikan cuma pastikan bilangan drop essential oil dikekalkan sepeti resepi diatas.

Untuk membuat sabun mandi untuk kulit kering dan sensitif, anda boleh mencuba resepi ini DIY Chamomile Oatmeal Soap – Sabun Mandi Untuk Kulit Kering Dan Gatal.

So, itu saja untuk post ” Cara Mudah Buat Healing Balm Sendiri Di Rumah”.

Jangan lupa tekan button share di bawah dan share dengan kawan-kawan ya!

Selamat Mencuba!

Alia