Hi semua! Dalam post kali ini, saya nak share tentang kenapa kami memilih handmade skincare dan tidak membuatnya dikilang.

Ini tidak bermaksud produk buatan kilang tak bagus ye, cuma kerana inginkan kelainan dan keunikan yang ada pada handmade produk membuatkan saya lebih suka membuatnya sendiri.

Pada masa kini, kebanyakan orang mengatakan untuk menjalani hidup sihat adalah dengan berubah kepada penggunaan alatan atau skincare organik dan memakan makanan organik.

Maka semakin banyak produk makanan dan skincare organik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun begitu, ada produk yang hanya menggunakan perkataan organik dan natural semata-mata untuk tujuan pengiklanan.

Produk berasaskan organik sangat mahal kerana menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Ada juga bahan yang terpaksa diimport dari luar negara kerana negara tersebut tidak mempunyai bahan tersebut di dalam negara mereka.

Bagi mereka yang suka menggunakan produk organik, mereka akan mencari produk dari luar negara. Tetapi ia memerlukan kos pos yang tinggi dan memakan masa untuk sampai ke Malaysia. Oleh itu, ramai penggemar natural dan organik lebih suka membuatnya sendiri dirumah.

Produk natural dan organik yang dihasilkan dirumah mungkin tidak mempunyai mesin sehebat kilang, namun hasil buatan tangan semestinya ada nilai yang tinggi kerana ketelitian semasa membuatnya.

Jadi kepada yang ingin mencuba produk buatan tangan organik ini jangan takut untuk mencubanya kerana bahan-bahan yang digunakan adalah selamat daripada bahan kimia berbahaya.

Precious Droplets

Kami di Precious Droplets juga menghasilkan semua produk kami di rumah. Kami menggunakan  bahan-bahan yang diimport dari laur negara dan ada juga yang dibeli di Malaysia sahaja.

Bermula hanya untuk membuat produk untuk kegunaan persendirian, ia mula berkembang dan digunakan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Produk Precious Droplets menggunakan minyak pati tumbuhan (Essential Oils) yang bersifat terapeutik dan mempunyai kesan penyembuhan yang optimum untuk kulit.

Penghasilan balm dan face oil adalah 100% semulajadi dengan ekstrak tumbuhan dan minyak carrier yang yang dipilih sesuai dengan kulit kering dan sensitif.

Handmade Skincare Malaysia

 

Kenapa Kami Memilih Handmade Skincare?

Kami adalah bisnes kecil-kecilan yang ingin memastikan kualiti setiap produk kami terjaga. Produk adalah dihasilkan dan dituang dengan tangan tanpa menggunakan mesin.

Kami dapat memastikan setiap bahan adalah bahan yang berkualiti dan selamat untuk kulit. Setiap produk yang dihasilkan adalah dalam kuantiti yang kecil dan ini menjaga kesegaran produk kami.

kenapa kami memilih handmade skincare

Produk yang dihasilkan di kilang memerlukan tempahan yang banyak dan untuk menghasilkan produk organik adalah sangat mahal.

Untuk menyesuaikan produk kami dengan pasaran tempatan, kami memilih homemade skincare kerana harga produk dapat diselaraskan dan harga produk sesuai dengan bahan yang kami gunakan.

Antara sebab-sebab lain untuk beralih ke produk penjagaan kulit semula jadi buatan tangan ialah:

  • Ia sangat bagus untuk kulit sensitif.
  • Membantu kulit yang teriritasi
  • Bersifat anti-radang
  • Tidak menyumbat liang
  • Tidak mempunyai bahan berbahaya
  • Harga yang berpatutan dengan bahan yang berkualiti

Buat masa ini produk kami semuanya oil-based dan ini membuatkan produk kami bebas pengawet dan menjadikannya 100% natural.

Oleh sebab kami membuatnya sendiri di rumah, ia dapat dihasilkan dalam batch kecil untuk menjaga kesegaran produk.

Anda akan mendapat produk yang baru dihasilkan dan bukannya produk yang sudah lama.

Ini membuatkannya sesuai untuk kulit kering dan sensitif yang tidak dapat menerima terlalu banyak bahan kimia di dalam produk konvensional.

Jika anda suka dengan handmade skincare jangan lupa share dan bagi yang belum mencuba jangan lupa untuk membuat tempahan pertama anda untuk menilai sendiri keberkesanan produk kami. Anda boleh membeli dengan kami di Shopee.

Untuk maklumat lanjut tentang kami, anda boleh baca post tentang kami disini. Semoga berjumpa di post yang lain ya.

Yang Ikhlas,

Alia