Hi Guys, kali ni saya nak tunjukkan macamana nak buat chamomile oatmeal soap! Sabun ni gunakan kaedah melt and pour so boleh terus guna.
Saya buat sabun mandi ni untuk kulit kering dan gatal terutama mereka yang mempunyai ekzema dan kulit sensitif.
Kalau nak guna sabun ni kat muka, badan atau tangan semuanya boleh.
Sebab sabun ni lembut, SLS free dan bebas pewangi tiruan sabun ni juga sesuai untuk bayi.
Untuk pengetahuan semua, sabun ni tak banyak bubble ya. Jadi kalau nak sabun yang banyak bubble, bolehlah beli soap base biasa.
Gambar di bawah adalah gambar sabun yang dah siap. Hah! Cantik kan?
Saya tak letak apa-apa pewarna ke dalam sabun ni, so kalau anda nak letak color boleh ja, terpulang.
Kalau nak buat sabun cecair, boleh baca DIY Sabun Mandi Paling Mudah – Lavender Tea Tree Liquid Soap.
Kepada yang nak tengok cara nak buat sabun ni dalam bentuk video boleh klik link youtube di bawah:
Bahan-Bahan Chamomile Oatmeal Soap
So,sebelum kita mula jom kita lihat bahan-bahannya:
1. 280g Soap Base – Pertama sekali kita perlu ada soap base. Sebab ini adalah diy sabun mandi untuk kulit kering dan gatal, saya gunakan soap base susu kambing.
Susu kambing membantu melegakan kulit ekzema dan kulit sensitif. Boleh beli kat Lazada atau Soap Lab Malaysia.
Protein dan asid lemak di dalam susu kambing memberikan perlindungan dan kelembapan serta menghidratkan kulit.
Sabun susu kambing juga mempunyai kesan anti radang yang membantu mengurangkan kulit gatal dan inflamasi.
Kalau tak ada soap base susu kambing boleh gantikan dengan shea butter soap base atau beli yang SLS free soap base.
2. 3g Chamomile Essential Oil – Roman chamomile essential oil mempunyai aroma manis seperti epal. Ia bersifat analgesik, antibiotik, dan anti-inflamasi.
Selain itu, minyak chamomile juga sesuai untuk jerawat, ekzema, kulit gatal dan ruam. Ia juga menjadi pewangi semulajadi sabun ini.
Kalau tak ada roman chamomile, boleh gunakan german chamomile essential oil, lavender, tea tree atau geranium essential oil.
Kalau suka dengan mint boleh tambah peppermint essential oil.
3. 1g Colloidal Oatmeal – Oatmeal mempunyai pelbagai kegunaan dan bukan sahaja untuk makan.
Oatmeal telah lama digunakan untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif termasuk ekzema.
Oatmeal mempunyai fungsi melembapkan kulit disamping melegakan kegatalan kulit. Ia juga bersifat anti radang dan mengandungi antioksidan.
Saya gunakan colloidal oatmeal kerana ia lebih mudah diserap kedalam kulit berbanding oatmeal biasa.
Kalau tak ada colloidal oatmeal boleh gantikan dengan rolled oat organik tapi pastikan di blend halus ya.
4. 0.5 g Chamomile flowers – Nak nampak lebih cantik, saya gunakan bunga chamomile yang dikisar kasar.
Kebanyakan bunga chamomile ini akan terapung dipermukaan sabun so boleh digunakan sebagai skrub lembut untuk menghilangkan sel kulit mati.
Kerana ianya dikisar, kulit anda tidak akan terlalu kasar bila digunakan ke atas kulit sensitif.
Sebahagian bunga chamomile akan tersebar ke seluruh bahagian sabun yang lain membuatkan sabun akan kelihatan unik dan cantik.
5. Isopropyl Alcohol – Last but not least adalah alcohol. Alkohol ni di spray ke dalam mold sebelum sabun dituang dan selepas sabun berada di dalam mold.
Tujuan penggunaan alkohol adalah untuk menghilangkan kesan buih dipermukaan sabun, so sabun kelihatan lebih licin dan cantik.
Alkohol ni akan tersejat sendiri dan tidak termasuk ke dalam sabun, so jangan risau.
Bagaimana Nak Buat Chamomile Oatmeal Soap
Ok, kita dah tahu bahan-bahannya, jom kita mula …
1. Mula-mula, cairkan soap-base susu kambing. Gunakan suhu rendah dan cairkan perlahan-lahan.
Kacau sabun agar cepat cair dan sekata.
2. Dah cair? Sekarang kita tambah bahan lain pulak. Masukkan colloidal oatmeal, chamomile flowers, dan roman chamomile essential oil.
3. Kacau sehingga sebati. Colloidal oatmeal agak berketul apabila berada di dalam sabun, jadi kacau sehingga tidak ada lagi oatmeal yang berketul-berketul.
Tapi sekiranya ada sedikit, ianya masih tak menjadi masalah.
4. Bila semua bahan dah sebati. Kita spray mold sabun dengan alkohol.
5. Masukkan sabun ke dalam mold.
6. Spray sekali lagi di atas permukaan sabun.
Yeah! Dah siap. Senag kan guna kaedah melt and pour ni. Yalah, dah nama pun melt and pour, so cuma cair dna tuang.
Kalau suka dengan resepi sabun ni, jangan lupa untuk klik share dan singgah-singgah lah selalu ke blog ni untuk lebih banyak resepi di masa akan datang.
Ok, that’s all for today. Jumpa lagi. Good luck!
Have a great day!
Alia